Kelas Multimedia Powtoon

15 September 2018 | Aktiviti Terkini

Kelas Multimedia Powtoon telah diadakan pada 14 September 2018 bersamaan hari jumaat. Powtoon merupakan aplikasi online yang terdapat di website powtoon. Powtoon merupakan aplikasi pembentangan mahupun video editor yang bertujuan menghasilkan multimedia yang kreatif. Dianjurkan di Bilik Latihan Pusat Internet Taman Sepakat Jaya, para peserta diajar segala asas untuk menghasilkan bahan multimedia yang kreatif dan menarik. Bermula dengan penghasilan Slide pembentangan yang kreatif sehinggalah video pendek yang berdurasi 30saat.

Kelas ini berlangsung di Bilik Latihan, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya selama 2 jam bermula dari pukul 0200 petang sehingga 0400 petang. Seramai 6 orang peserta yang telah mengikuti kelas tersebut dan semuanya terdiri daripada murid-murid Sekolah Kebangsaan Pajar sejingkat. Para peserta yang mengikuti kelas tersebut tidak di caj apa-apa bayaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali